Perkhidmatan Badal Haji

Mengenai Perkhidmatan Badal Haji

Takziah daripada kami diatas kehilangan ahli keluarga tersayang. Kami mendoakan agar almarhum/almarhumah diletakkan dikalangan orang-orang yang soleh.

Yang pergi telah pun pergi, namun tanggungjawab kita sebagai waris jangan dilupakan.
Lantaran itu, mari kita semak;-
SUDAHKAH segala hutang-hutang nya dijelaskan, jika ada
SUDAHKAH difidyahkan segala hutang puasanya, jika ada
SUDAHKAH dibayar zakat hartanya
dan SUDAHKAH almarhum/almarhumah menyempurnakan Rukun Islam ke 5, menunaikan Haji

Jika belum, jika ada hartanya, maka sempurnakanlah Badal Haji nya sebelum hartanya difaraidkan.

Namun jika tiada hartanya, tidakkah anda mahu menjadi anak-anak yang soleh/solehah dengan membantu almarhum/almarhumah menyempurnakan ibadah hajinya.

Lantaran itu, tunaikan lah Badal Haji untuk almarhum/almarhumah tersayang.

Maksud Badal Haji

Badal Haji bermaksud upah haji yang dibenarkan oleh Islam bagi mereka yang telah uzur atau telah meninggal dunia.
 
Jika seseorang itu belum mengerjakan haji sewaktu masih hidup, sedangkan dia mampu, maka WAJIB bagi warisnya mengerjakan badal haji untuknya dari harta pusakanya.
 
Jika dia belum mengerjakan haji kerana tidak mampu, maka SUNAT bagi warisnya mengerjakan badal haji untuknya dari harta pusakanya, atau dari harta si waris itu sendiri.

Bagaimana kami membantu anda

Kami akan membantu anda mengupah samada pelajar-pelajar yang sedang menuntut di Mekah atau Madinah atau penduduk Mekah untuk mengerjakan badal haji bagi pihak almarhum/almarhumah.

Kami akan tunaikan amanah anda sebaik-baiknya dengan mempastikan mereka yang kami pilih untuk mengerjakan badal haji ini adalah mereka yang berilmu dan berpengalaman mengerjakan haji.

Hubungi Kami

Scroll to Top