Susulan daripada penularan wabak Covid-19 yang memberi kesan kepada penutupan industri umrah di Malaysia, PDC Travels Sdn Bhd memperkenalkan satu polisi baru berkaitan dengan pembatalan pakej umrah akibat Covid-19.
Jemaah perlu memahami tentang situasi-situasi yang berkemungkinan terjadi dan bersetuju dengan polisi yang telah ditetapkan sebelum membuat sebarang pembayaran deposit untuk mana-mana pakej umrah yang disediakan oleh PDC Travels Sdn Bhd.
Polisi Pembatalan kerana;
1. Jemaah Positif PCR Test
2. Jemaah bertukar status menjadi KONTRAK RAPAT (PUS)
1. Jemaah Positif RT-PCR Covid-19
1.1 Penjadualan Semula Perjalanan (dicadangkan)
Untuk penjadualan semula, jemaah perlu menunggu tarikh baru yang akan dicadangkan oleh syarikat dan keputusan akan dibuat diatas persetujuan bersama. Jemaah akan dikenakan sedikit caj tambahan seperti berikut :
Pakej MyUmrah : RM300* seorang
Pakej Golden : RM450* seorang
*Nilai caj tambahan tertakluk kepada harga pakej semasa
1.2 Pembatalan Tempahan
Sekiranya jemaah membatalkan tempahan, terma pembatalan adalah seperti berikut:
1.2.1 Jemaah hanya akan menerima sebanyak 75% daripada harga pakej.
1.2.2 Pembayaran akan dibuat secara ansuran bulanan selama 4 bulan. Pembayaran pertama akan dibuat dalam tempoh 30 hari selepas jemaah bersetuju dengan nilai pemulangan. Pembayaran seterusnya akan dibuat pada minggu pertama bulan-bulan
berikutnya.
2. Jemaah bertukar status kepada PUS (PERSON UNDER SURVIELLANCE)
Nota Penting:
Syarikat penerbangan Saudia Airlines tidak menerima PUS sebagai alasan pembatalan dan jemaah akan dikenakan caj pembatalan standard.
2.1 Penjadualan Semula Perjalanan
Untuk penjadualan semula, jemaah perlu menunggu tarikh baru yang akan dicadangkan oleh syarikat dan keputusan akan dibuat diatas persetujuan bersama. Jemaah akan dikenakan sedikit caj tambahan seperti berikut:
Pakej MyUmrah: RM1,840* seorang
Pakej Golden: RM1,940* seorang
*Nilai caj tambahan tertakluk kepada harga pakej semasa
2.2 Pembatalan Tempahan
Sekiranya jemaah membatalkan tempahan, terma pembatalan adalah seperti berikut:
2.2.1 Jemaah hanya akan menerima sebanyak 50% daripada harga pakej.
2.2.2 Pembayaran akan dibuat secara ansuran bulanan selama 4 bulan. Pembayaran pertama akan dibuat dalam tempoh 30 hari selepas jemaah bersetuju dengan nilai pemulangan. Pembayaran seterusnya akan dibuat pada minggu pertama bulan-bulan
berikutnya.