Terma dan syarat tempahan

Sila baca dan fahami terma tempahan. Pelanggan dianggap telah memahami terma berikut apabila tempahan dibuat

SYARAT-SYARAT PENERIMAAN TAWARAN PERKHIDMATAN UMRAH PDC TRAVELS SDN BHD

1. Syarat-syarat Am

  1. Pelanggan perlu menghubungi PDC Travels Sdn Bhd untuk memastikan sekiranya masih ada kekosongan pada tarikh yang dipilih serta mendapat maklumat lengkap mengenai pakej tersebut.
  2. Pelanggan perlu memahami samada tarikh yang dipilih tersebut adalah tarikh yang telah disahkan atau tarikh cadangan.
  3. Jika pelanggan memilih tarikh cadangan (tentatif), pelanggan perlu bersedia untuk menerima sebarang perubahan tarikh, itinerary dan jenis penerbangan. (Syarikat akan berusaha mendapatkan penerbangan yang paling hampir dengan tarikh tentatif tetapi tidak boleh memberi sebarang jaminan)
  4. Semasa mendaftar, pelanggan perlu menetapkan jenis bilik yang dikehendaki (Bilik berdua/bertiga/berempat). Sekiranya pelanggan memilih bilik berempat, pelanggan mesti mendaftar bersama 3 orang lagi atau menunggu jika ada pelanggan lain yang memilih bilik yang sama. Jika sekiranya tidak ada, pelanggan akan dicaj mengikut kekosongan bilik sedia ada.
  5. Harga kanak-kanak adalah tertakluk kepada terma syarikat penerbangan. Jika syarikat penerbangan tidak menawarkan harga kanak-kanak atau bilangan yang terhad, harga kanak-kanak tidak terpakai dan perlu membayar harga dewasa.

2. Deposit dan Pembayaran Penuh

  1. Deposit minimum sebanyak RM1,000 mesti dibayar untuk pengesahan­ penempahan.
  2. Bakinya atau bayaran penuh mesti dibuat dalam masa 60 hari sebelum tarikh keberangkatan. Kegagalan untuk mematuhi kehendak ini boleh mengakibatkan pembatalan penempahan dan pelucuthakan deposit

3. Perubahan penerbangan

  1. Syarikat BERHAK menukar jenis dan sektor penerbangan (jika perlu) berdasarkan kepada tawaran yang diberikan oleh syarikat penerbangan dari semasa ke semasa.

4. Perubahan Penginapan/Hotel

  1. Syarikat berhak untuk menukar penginapan (hotel) kepada penginapan lain yang setaraf jika perlu.

5. Pembatalan dan Caj Pembatalan

  1. Pembatalan tempahan perlu mesti secara bertulis untuk mengelakkan salah faham. Sebarang pembatalan akan dikenakan yuran pengurusan bersamaan dengan nilai deposit minima seorang.
  2. Berikut adalah jadual caj pembatalan pakej.
HARI PEMBATALAN DITERIMA (sebelum tarikh berlepas)CAJ PEMBATALAN (%)
Pembatalan selepas pengesahan tempahanDeposit minima
15 – 21 hari bekerja35% atau semua kos yang telah dibayar oleh syarikat (mana-mana yang lebih tinggi)
8 – 14 hari bekerja50% atau semua kos yang telah dibayar oleh syarikat (mana-mana yang lebih tinggi)
3 – 7 hari bekerja75% atau semua kos yang telah dibayar oleh syarikat (mana-mana yang lebih tinggi)
2 hari bekerja100

6. Dokumen Perjalanan

6.1 Pelanggan mestilah mempunyai :

  1. Pasport antarabangsa atau dokumen perjalanan diiktiraf yang lain yang sepatutnya sah bagi tempoh sekurang-kurangnya 8 bulan dari tarikh kepulangan semula ke negara asal
  2. Visa yang perlu dan perakuan vaksinasi dan kesihatan yang dikehendaki oleh pelbagai pihak berkuasa negara yang hendak dilawati

6.2 Tanggungjawab Syarikat

  1. Menasihati anggota pelancongan mengenai dokumen yang diperlukan.
  2. Mana-mana mungkin, syarikat akan membantu penumpang untuk memperoleh visa yang sesuai. Walaubagaimanapun, syarikat tidak dapat menjamin kelulusan mana-mana permohonan visa.

6.3 Fi dan Caj Yang Relevan

  1. Caj perkhidmatan dan ­ visa hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan

6.4 Penolakan Visa atau Dokumen Perjalanan

  1. Jika atas apa-apa sebab, permohonan visa atau permit keluar yang perlu ditolak, tambang pelancongan selepas ditolak ­ pentadbiran akan dibayar balik.

6.5 Penolakan Kemasukan

  1. Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti bagi apa-apa perbelanjaan, bayaran ganti atau bayaran balik tambang pelancongan jika mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan masuk atau dideportasikan oleh pihak berkuasa imigresen kerana memiliki barang yang menyalahi undang-undang atau memegang dokumen perjalanan yang tidak wajar atau sebab-sebab lain atau yang kelakuan dan aktivitinya dianggap oleh kerajaan asing itu boleh mendatangkan keburukan.

7. Maklumat Pakej dan Harga

  1. Harga yang ditunjukkan ialah harga semasa pada masa penerbitan. Maklumat pakej dan senarai harga merupakan sebahagian daripada brosur. Harga tertakluk kepada pertukaran yang disebabkan oleh kenaikan tambang kapal terbang, kos pengangkutan lain, kadar hotel, kadar pertukaran mata wang asing, cukai kerajaan dan sebagainya. Oleh itu, syarikat berhak menaikkan harga dengan syarat ia mernberitahu pelanggan dengan sewajarnya sebelum pengesahan pelancongan dibuat.
  2. Sekiranya terdapat perubahan tarikh dan masa oleh syarikat penerbangan atau perubahan situasi yang memerlukan kepada tambahan penginapan, pengangkutan dan jadual program, syarikat akan mengira kos tambahan yang terlibat dan pelanggan perlu membayar kos tambahan tersebut.

Harga Pakej Termasuk

  1. Tiket kapal terbang pergi balik termasuk semua cukai lapangan terbang dan apa-apa cukai yang terpakai.
  2. Penginapan hotel, berdasarkan berkongsi bilik (dua orang sebilik, tiga orang sebilik, empat orang sebilik) berdasarkan pakej bilik yang ditawarkan.
  3. Tambahan seorang (orang yang menginap bersendirian – orang itu hendaklah membayar tambahan seorang)
  4. Tambang pelancongan kanak-kanak sebagaimana yang diiklankan adalah berdasarkan kanak-kanak yang berumur 2 tahun tetapi tidak melebihi 12 tahun, yang berkongsi bilik dengan orang dewasa.
  5. Semua makanan, ziarah dan perkara lain sebagaimana yang dinyatakan dalam jadual perjalanan.
  6. Semua perjalanan darat adalah berdasarkan tempat duduk dalam kenderaan seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Harga Pakej Tidak Termasuk

  1. Kos rawatan, ubat-ubatan dan sebarang perbelanjaan hospital di Arab Saudi kecuali ada dinyatakan
  2. Penggantian nilai baranganan peribadi yang hilang dimana-mana lokasi sepanjang perjalanan akibat kecuaian pelanggan
  3. Caj lebihan timbangan bagasi
  4. Dobi
  5. Penggunaan telefon hotel untuk kegunaan peribadi
  6. Makanan dan minuman didalam perjalanan dan yang tidak dinyatakan didalam pakej
  7. Lawatan pilihan
  8. Upah mengangkat barang di lapangan terbang dan hotel
  9. Semua perkara persendirian.
  10. Semua perkara yang tidak dinyatakan didalam pakej umrah

8. Bayaran Balik Untuk Perkhidmatan Yang Tidak Digunakan

Tiada bayaran balik atau pengurangan harga akan dibuat kepada mana-mana jemaah berkenaan dengan tambang kapal terbang, penginapan, makanan, lawatan ziarah, pengangkutan atau mana-mana perkhidmatan lain yang termasuk dalam harga pakej tetapi tidak digunakan oleh jemaah atas sebab peribadi.

9. Bagasi

Syarikat penerbangan ada memperuntukkan elaun bagasi percuma dan kuantum dan syaratnya mungkin berbeza antara satu syarikat kapal terbang dengan yang lain atau antara satu pihak berkuasa lapangan terbang dengan yang lain. Peraturan ini turut terpakai bagi bagasi yang dibawa sendiri di atas kapal terbang. Ejen pelancongan akan menasihati penumpang tentang syarat-syarat itu. Penumpang dikehendaki membeli pelindungan insurans yang mencukupi.

10. Kemungkinan Pertukaran

Jadual syarikat penerbangan atau keadaan tempatan mungkin memerlukan jadual lawatan, hotel dan Ialuan diubah. Jika ini berlaku, syarikat akan membuat perkiraan alternatif bergantung kepada keadaan tempatan.

11.Hak Untuk Menolak Penempahan

Syarikat berhak untuk membatalkan atau menarik balik apa-apa jadual perjalanan, atau tempahan yang telah dibuat untuk pelanggan atau untuk enggan menerima atau mengekalkan seseorang menjadi Jemaah umrah sekiranya dia didapati membahayakan kesihatan atau keselamatan, atau mengurangkan keselesaan atau keseronokan anggota yang lain dalam pakej umrah itu. Syarikat juga berhak membatalkan tempahan jika atas apa-apa sebab, mana-mana pembawa, hotel atau kontraktor lain enggan untuk membenarkan mana-mana peserta menyertai pakej itu. Dalam mana-mana keadaan sedemikian tanggungjawab adalah semata-mata untuk memulangkan semula kepada jemaah itu wang yang telah dibayar setelah ditolak amaun perkhidmatan yang telah digunakan dan ­ perkhidmatan dan ­ pembatalan.

12. Tanggungjawab Syarikat

Syarikat dan ejen bersekutunya akan bertanggungjawab (didalam kapasiti syarikat) bagi perkhidmatan yang disediakan seperti pengangkutan, penginapan, dan makanan, sebagaimana yang telah dinyatakan didalam brosur.

13. Insurans Perjalanan

Semua anggota pelancongan digalakkan membeli insurans perjalanan untuk melindungi diri mereka daripada sakit, kehilangan wang, pembatalan, kelewatan penerbangan atau kehilangan bagasi.

14. Tempoh Pembayaran Balik (Refund)

Sebarang pembayaran balik (jika berkenaan) akan diproses dan dibayar dalam tempoh 90 hari dari tarikh penerimaan borang pembayaran balik

Scroll to Top

Hubungi Kami