Garis Panduan, Syarat & Terma Umrah Pasca Covid

KRITERIA DAN GARIS PANDUAN JEMAAH 

  1. Jemaah wajib telah menerima vaksin lengkap seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.
  2. Bagi jemaah OKU sihat, boleh mengerjakan umrah dengan syarat ada pembantu. 
  3. Jemaah wajib mempunyai telefon pintar bagi memudahkan pergerakan ketika berada di tanah suci. 
    1. Wajib muat turun aplikasi EATMARNA & TAWAKKALNA 
    2. Wajib membeli simkad nombor Saudi setibanya di Makkah/Madinah 
  4. Jemaah haruslah bersedia menghadapi sebarang risiko atau perubahan SOP berdasarkan SOP semasa ketika berada di Tanah Suci. 
  5. Slot dan bilangan Umrah tertakluk kepada SOP Kerajaan Saudi dan perlu ditempah melalui Apps Eatmarna
  6. Solat di Masjidil Haram dan di Masjid Nabawi tidak perlu tempahan 
  7. Ziarah Raudhah tertakluk kepada SOP Kerajaan Saudi dan perlu ditempah melalui Eatmarna.
  8. Jemaah diwajibkan menghadiri kursus anjuran syarikat sekurang-kurangnya sekali samada online atau bersemuka
  9. Jemaah wajib mengikut jadual perjalanan yang disediakan oleh pihak PDC Travels Sdn Bhd. Jika jemaah keluar daripada jadual atau kumpulan, itu adalah atas tanggungjawab sendiri. 

UJIAN PCR COVID-19 

  1. Jemaah DIGALAKKAN mengambil ujian RTK 48 jam sebelum berangkat ke Saudi.
  2. Jemaah diwajibkan mengambil ujian PCR Covid-19 48 jam sebelum balik ke Malaysia.
  3. Semua kos ujian Covid ditanggung sendiri oleh Jemaah. 
  4. Ujian PCR di Saudi (sebelum balik) perlu dilakukan 48 jam sebelum tarikh dan waktu penerbangan balik
    1. Jika positif sewaktu di Saudi jemaah akan dikuarantin berdasarkan SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan Saudi. 
  5. Semua polisi pembatalan akibat ujian PCR adalah tertakluk kepada terma syarikat penerbangan, terma hotel, terma pengangkutan dan lain-lain pembekal perkhidmatan. 

Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa

INSURAN DAN KUARANTIN DI SAUDI (JIKA BERKENAAN) 

  1. Tiada kuarantin wajib di Saudi sewaktu ketibaan. (Tertakluk kepada perubahan polisi Kerajaan Arab Saudi) 
  2. Semua jemaah dilindungi oleh insuran Covid-19 sewaktu di Saudi. 
  3. Maksima kos kuarantin yang dilindungi berdasarkan polisi insuran adalah SAR450/sehari termasuk makan, tertakluk kepada maksimum 14 hari. Sebarang tambahan adalah diatas tanggungjawab jemaah sendiri.
  4. Jika jemaah dimasukkan ke hospital disebabkan Covid-19, jemaah akan dilindungi oleh insuran Covid-19 yang telah disediakan. Nilai maksimum perlindungan adalah SAR650,000.00. Jika melebihi had yang dilindungi ianya adalah dibawah tanggungjawab jemaah. 

SOP PERLAKSANAAN IBADAH UMRAH/ZIARAH RAUDAH/SOLAT

  1. Jemaah wajib mengikut masa di dalam jadual perjalanan yang disediakan oleh pihak PDC Travels Sdn Bhd. 
  2. Slot umrah, ziarah Raudhah mesti dibuat melalui Eatmarna
  3. Jika jemaah gagal mematuhi jadual tempahan, PDC Travels Sdn Bhd tidak bertanggungjawab sekiranya jemaah terlepas melaksanakan slot ibadah yang sudah ditempah. 
  4. Jemaah perlu bersedia melakukan ibadah umrah/ziarah Raudhah secara bersendirian sekiranya terpisah dari kumpulan.

SOP KETIBAAN DI MALAYSIA 

  1. Jemaah diwajibkan mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan oleh KKM sebaik ketibaan (Tertakluk kepada perubahan SOP Kerajaan Malaysia) 
Scroll to Top

Hubungi Kami