Perkhidmatan Badal Haji
Mengenai Badal Haji
Takziah daripada kami diatas kehilangan ahli keluarga tersayang. Kami mendoakan agar almarhum/almarhumah diletakkan dikalangan orang-orang yang soleh.
Yang pergi telah pun pergi, namun tanggungjawab kita sebagai waris jangan dilupakan.
Lantaran itu, mari kita semak;-
SUDAHKAH segala hutang-hutang nya dijelaskan, jika ada
SUDAHKAH difidyahkan segala hutang puasanya, jika ada
SUDAHKAH dibayar zakat hartanya
dan SUDAHKAH almarhum/almarhumah menyempurnakan Rukun Islam ke 5, menunaikan Haji
Jika belum, jika ada hartanya, maka sempurnakanlah Badal Haji nya sebelum hartanya difaraidkan.
Namun jika tiada hartanya, tidakkah anda mahu menjadi anak-anak yang soleh/solehah dengan membantu almarhum/almarhumah menyempurnakan ibadah hajinya.
Lantaran itu, tunaikan lah Badal Haji untuk almarhum/almarhumah tersayang.
Maksud Badal Haji
Siapa Pelaksana Kami
Pelaksana kami terdiri dari mukimin (penduduk) Makkah atau petugas-petugas haji. Kami sangat berhati-hati didalam memilih pelaksana bagi menjamin kesahan ibadah haji tersebut
Kami akan tunaikan amanah anda sebaik-baiknya dengan mempastikan mereka yang kami pilih untuk mengerjakan badal haji ini adalah mereka yang berilmu dan berpengalaman mengerjakan haji.
Kami telah melasanakan program Badal Haji ini sejak tahun 2012. Insha Allah, kami sangat berpengalaman didalam mengurus Badal Haji, Badal Umrah, Qurban dan juga Aqiqah di Makkah