Tentang Kami

PDC Travels Sdn. Bhd.

PDC Travels Sdn Bhd adalah sebuah agensi pelancongan berdaftar dan mempunyai lesen penuh dari Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya Malaysia. No lesen : KPK/LN : 8097

Ditubuhkan sejak tahun 2012 dimana kegiatan utama PDC adalah perkhidmatan pakej umrah,  perkhidmatan ticketing, pengurusan visa, “Ground Handling Umrah” dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan umrah. PDC Travels juga adalah sebuah syarikat bertaraf muassasah dimana dengan ini membolehkan kami menguruskan visa umrah sendiri tanpa melalui pihak ketiga. 

Pengurusan kanan kami adalah terdiri dari mereka yang mempunyai pengalaman yang sangat luas didalam bidang umrah. Pengarah Urusan kami, Tuan Hj Rosli bin Talib telah mula melibatkan diri didalam industri ini sejak tahun 1993.

Kami juga mempunyai petugas Melayu di Makkah dan Madinah. Pasukan ini yang lebih dikenali dengan PDC Saudia Team, adalah pasukan yang bertanggungjawab untuk mengurus jemaah setibanya mereka di tanah suci.

Selain dari itu kami juga mempunyai kontrak tahunan dengan beberapa hotel di Makkah dan Madinah seperti Pullman Zamzam, Areej Al Falah dan Odst Al Madina.

Perkhidmatan catering kami juga menyediakan menu makanan yang sesuai dengan selera orang melayu dimana kualiti makanan ini dipantau sepenuhnya oleh kami

Sijil & Lesen

PDC Travels adalah sebuah syarikat pelancongan yang mempunyai lesen penuh dari Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya. (KPK/LN 8097)

Semak disini: http://www.motac.gov.my/semakan/tobtab

PDC Travels juga adalah sebuah syarikat yang mempunyai Lesen Khas Umrah.

Semak disini: http://www.motac.gov.my/semakan/umrah

Kami juga telah menyertai dan menjalani Kursus Pemantapan Pengendalian Umrah  (KPPU) yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia.

Semak disini: http://www.motac.gov.my/semakan/umrah

Scroll to Top

Hubungi Kami