JALAN-JALAN SANTAI

Medan Lake Toba 4 Hari 3 Malam (Ground)

Tempat-tempat menarik di Medan Lake Toba

Kenapa JJS PDC Travels berbeza dari yang lain

Nama pun  JALAN-JALAN SANTAI, mestilah berbeza dari percutian biasa 

Kumpulan yang kecil

Bilangan peserta untuk setiap kumpulan hanya diantara 10 – 15 orang sahaja.

Minima 12 peserta akan disertai oleh seorang TL dari Malaysia

Program Rehat & Santai

Konsep perjalanan yang santai dan “relaxing”. Anda enjoy, take your time. Rasa kurang best, kita jalan cepat-cepat. Konsep perjalanan yang merehatkan.

Nak healing? Inilah pakejnya

Bukan trip "Touch n Go"

Pastinya bukan perjalanan setakat ambil gambar dan jalan. Nikmati setiap lokasi percutian yang anda lawati.

Perjalanan bersama kami bukan hanya untuk ambil gambar dan ‘check in’ tapi  pulang dengan kenangan

ITINERARI JJS MEDAN LAKE TOBA 4H/3M

Itinerari boleh berubah mengikut kesesuaian waktu penerbangan dan keadaan cuaca atau perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan

HARI 1 : KUALA LUMPUR - MEDAN - PARAPAT (L/D)

Bertolak dari KLIA menuju ke lapangan terbang Kuala Namu Medan. Disambut oleh wakil syarikat

Selesai urusan di airport, peserta akan dibawa menaiki bas menuju ke restoran untuk makan tengahari.

Selesai menjamu selera, meneruskan perjalanan ke Parapat. Bas akan singgah di toko  Patent  Pematang Siantar, untuk beristirahat sambil mencicipi dan membeli makanan khas setempat:  Teng Teng, Tang Tang, Ting Ting dan Tong Tong.

Tiba di Parapat, sebuah bandar pelancongan yang terletak di tepi Danau Toba

Check in hotel di Parapat. Makan malam dan program bebas

HARI 2 : PARAPAT - SAMOSIR ISLAND - BERASTAGI

Sarapan dihotel dan daftar keluar.

Menyeberangi Danau Toba menaiki feri sekitar 45 minit. Peserta akan dibawa mengunjungi Desa Tomok  untuk melihat makam kuno raja batak, Raja Sidabutar. 

Melanjutkan pelayaran ke Ambarita untuk melihat meja, kerusi dan tempat pemancungan dari batu di kampung Siallagan

Balik ke Parapat. Selepas makan tengahari, meneruskan perjalanan ke Berastagi menaiki bas. Didalam perjalanan akan singgah di:

  • Simarjarunjung sebuah bukit yang paling tinggi di sekitar danau Toba untuk menikmati keindahan danau sambil menikmati hangat nya BANDREK setempat dan goreng pisang (biaya sendiri)
  • Airterjun Sipiso Piso yang sangat indah dan juga pemandangan yang sangat menakjubkan di ujung utara Danau Toba.

Tiba di Berastagi, mengunjungi Pasar Buah dan Bunga untuk membeli buah-buahan dan bunga segar.

Check in hotel Berastagi. Makan malam di hotel

 

HARI 3 : BERASTAGI - MEDAN (B/L/D)

Sarapan dan daftar keluar hotel.

Bergerak ke Medan.  

Tiba di Medan, mengunjungi  Istana Maimoon Palace, Istana dari  Sultan kerajaan Melayu  Deli yang dibina pada tahun 1888

Makan tengah hari di restoran tempatan. 

Shopping kedai batik , pasar dan shopping mall.

Check in hotel Medan. Program bebas santai

Balik ke hotel. Bebas 

HARI 4: MEDAN - KUALA LUMPUR (B)

Sarapan dan daftar keluar hotel.

Program bebas, shopping sehingga masa untuk transfer ke airport Medan.

Makan tengahari atas kos sendiri

Tiba di KLIA dengan “kenangan mengusik jiwa”.

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi termasuk hand luggage 1 x 7kg
  • Check in bagasi 20kg untuk penerbangan balik Padang-Kul
  • Hotel seperti yang dinyatakan atau setaraf
  • Kenderaan yang selesa dan berhawa dingin
  • Tour Guide mesra warga Malaysia (12 pax keatas)
  • Tour Leader dari Malaysia (12 pax keatas)
  • Makan seperti didalam itinerari
  • Air mineral sepanjang lawatan
  • Tiket lawatan seperti dalam itinerari

Pakej TIDAK Termasuk

  • Insuran perjalanan (sangat digalakkan untuk diambil)
  • Sebarang kos rawatan/perubatan disepanjang program
  • Check in bagasi penerbangan Kul – Padang
  • Tips untuk Tour Guide
  • Sebarang penggunaan peribadi
  • Apa-apa yang tidak dinyatakan didalam program

Harga Pakej JJS Medan Lake Toba 4 Hari 3 Malam (Ground)

4 - 5 Pax

RM1,290
  • Medan : Emerald Garden
  • Berastagi : Grand Mutiara
  • Parapat : Parapat View

6 - 7 Pax

RM1,170
  • Medan : Emerald Garden
  • Berastagi : Grand Mutiara
  • Parapat : Parapat View

8 - 11 Pax

RM1,120
  • Medan : Emerald Garden
  • Berastagi : Grand Mutiara
  • Parapat : Parapat View

Harga tertakluk kepada perubahan tiket penerbangan, harga hotel, pengangkutan, cukai dan kadar pertukaran mata wang asing

NAK SEMAK TARIKH DAN BUAT TEMPAHAN ?

Hanya bayar DEPOSIT RM200 (Pakej Group) untuk pengesahan tempahan

Baki bayaran boleh dibuat secara ansuran

Bayaran penuh TIDAK LEWAT dari 45 hari sebelum tarikh penerbangan

Scroll to Top

Hubungi Kami